Ahad, 7 September 2014

MESYUARAT KEEMPAT PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS 28 April 2014. Apakah perancangan Kerajaan untuk menaik taraf perkhidmatan telekomunikasi khususnya di DUN Pedu ?

YB. PUAN KAMA NORIAH BINTI HJ. IBRAHIM
(ADUN PEDU)

Liputan selular menjadi sangat penting apabila segala maklumat kini dikuasai hanya di hujung jari. Namum, kemudahan tersebut belum meluas di kawasan Daerah Padang Terap khususnya di kawasan DUN Pedu.

Pohon dinyatakan:-
Apakah perancangan Kerajaan untuk menaik taraf perkhidmatan telekomunikasi khususnya di DUN Pedu ?
Jawapan:-

Kerajaan Negeri, Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semua syarikat-syarikat telekomunikasi sentiasa berusaha untuk meningkatkan liputan telekomunikasi selular dan jalur lebar di negeri Kedah termasuklah kawasan-kawasan luar bandar.

Bagi daerah Padang Terap khususnya di kawasan DUN Pedu, pihak SKMM sedang melaksanakan 7 buah menara T3 Fasa 3 iaitu di :-

a)      Jalan dari kuala Nerang – Tasik Pedu
b)      Jalan kampung Pinag-Gubir-Pedu
c)       Kampung Sungai Long
d)      Kampung Padang
e)      West Of Pedu Lake Shore
f)       Kampung Sungai Kap
g)      Kampung Lebai Saman
Selain daripada itu,pihak SKMM juga akan membina 1 lagi menara T3 di Daerah Padang Terap yang masih dalam peringkat pemprosesan tender dan tertakluk kepada pindaan semasa perlaksanaan iaitu di kampung kubang panjang.

Manakala  pihak Celcom pula menyediakan empat (4) pemancar yang beroperasi di sekitar DUN Pedu. Senarai lokasi adalah seperti berikut :-

a)      Kampung Tanjung- meliputi kawasan penduduk di Tanjong , kampung Musa.
b)      Lubuk Perong, meliputi kawasan Kampung Kubang Bemban,Kampung Pong Manis.
c)       Kubang Kenyeng-meliputi kawasan Kubang Kenyeng .
d)      Naka- meliputi kawasan Naka.

Disamping itu, pihak Celcom juga akan menambah baik kualiti liputan dari masa ke semasa. Berikut adalah laporan suku tahun pertama peratus liputan Celcom 3G di Daerah Padang Terap sebagi rujukan .


Daerah
Jumlah Kawasan
Kawasan Liputan
Jumlah Populasi
Populasi Liputan
Padang Terap
1364.1296
433.3898542
61970
33329.80102

Tiada ulasan:

Catat Ulasan