(ADUN PEDU)
b) Apakah
langkah dan usaha kerajaan negeri untuk membantu meningkatkan pencapaian
akedemik para pelajar sekolah rendah
dan menengah sebagai komitmen untuk
menyokong usaha dan impian kementerian pendidikan khususnya dalam pencaipaian
bahasa inggeris, sains dan matematik ?
a) Usaha
memperkasa golongan belia dinyatakan secara jelas di bawah teras kedua dalam
misi nasional yang telah disasarkan iaitu “ meningkatkan keupayaan pengetahuan
kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama”. Ianya menjadi
suatu tanggungjawab kepada semua pihak untuk memperkasa golongan belia secara total.
Kerjaan negeri melalui
kementerian belia dan sukan telah mewujudkan satu pendekatan baru dengan
memperluaskan konsep perkongsian peranan melalui pelbagai pihak. Dibawah
pendekatan ini KBS berkongsi peranan
usahasama dengan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO’S) dan
pertubuhan –pertubuhan belia dan seluruh negeri dan negara.
Dalam usaha untuk
memperkasakan pembangunan modal insan, penglibatan golongan belia berisiko
dalam program-program pembangunan belia merupakan satu usaha murni ke arah
mengembalikan semula peranan dan tanggungjawab mereka sebagai agen perubahan
masyrakat dan negara ke arah mempersiakan generasi muda dengan asas konsep
pembangunan belia, KBS telah melaksanakan pendekatan 3K yang mengandungi
komponen kemahiran,kepimpinan, dan keusahawanan agar mereka berupaya menjadi sumber modal insan yang kompiten dan
berdaya saing selaras dengan keperluan tenaga kerja negara masa kini dan
hadapan.
Pendekatan 3K memberikan
penekanan khususnya terhadap pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran memipin,
kemahiran vokasional dan keusahawan sebagai teras utama pelaksanaan program.
Tumpuan juga diberikan dari sudut pembinaan sahsiah dan jatidiri, menyemai
patriotism selain kecergasan fizikal dan
mental.
Contoh-contoh fokus yang di laksanakan
di bawah pendekatan 3K adlaah seperti berikut:-
i)
Elemen kemahiran
·
Program 3K belia bestari
·
Program Perantis
ii) Elemen kepimpinan dan sahsiah
·
Kursus kepimpinan organisasi
·
Kem anak muda unggul (KAMU)
·
Program belia berkaliber
·
Program jati diri kesukarelaan Nasional (PJKN)
iii) elemen keusahawanan
·
Kursus asas keusahawanan
·
Kursus pengurusan kewangan smart manager
iv) program rakan muda
(tambahan)
·
Program remaja perdana rakan muda
·
Rakan muda wawasan desa
·
Rakan muda ramadhan
·
Rakan muda ipt
·
Sukarelawan rakam muda – ( IM4U)
b) Usaha
kerajaan negeri untuk meningkatkan pencapaian akademik para pelajar sekolah
rendah dan menengah adalah dengan menganjurkan program pendidikan pelajar skor
subjek bahasa inggeris, sains dan matematik di bawah anjuran lembaga biasiswa
negeri kedah. Selain itu, program English success juga dianjurkan oleh lembaga
biasiswa negeri kedah bagi membantu pelajar sekolah rendah dan menengah dengan
memberi perhatian kepada calon-calon yang bakal mengambil peperiksaan PMR dan
SPM pada tahun tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan