MESYUARAT KEEMPAT PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI
KEDAH KETIGA BELAS
28 APRIL 2014
YB. PUAN KAMA NORIAHBINTI HJ. IBRAHIM
(ADUN PEDU)
Apakah perancangan Majlis Sukan Negeri supaya pencapaian
atlit selain bola sepak turut mampu memberi saingan di peringkat nasional dan
antarabangsa setanding atlit negeri maju yang lebih awal?
JAWAPAN:-
Majlis sukan negeri Kedah menyelaras 40 jenis sukan untuk
di bangunkan dan di majukan. Diantara sukan-sukan tersebut, terdapat beberapa
jenis sukan yang Negeri Kedah mampu mengungguli kejohanan-kejohanan di peringkat
kebangsaan dan melahirkan beberapa orang atlet di peringkat antarabangsa.
Sukan-sukan berkenaan adalah seperti Perahu Layar, Angkat Berat, Ping Pong,
Badminton,skuasy, pencak silat, memanah, hoki(Wanita), bola jaring, berbasikal
dan tenpin Bowling.
Majlis Sukan Negeri Kedah mempunyai perancangan dan pelan
strategik tersendiri untuk pembangunan sukan di Negeri Kedah agar pencaian
atlet dan pasukan setanding dengan negeri-negeri lain yang lebih maju dalam bidang sukan di
Malaysia. Perancangan dan pelan strategik yang di maksudkan adalah seperti
berikut :-
1) Mewujudkan dan menambah pusat-pusat latihan negeri dan Daerah. Melalui
pusat-pusat latihan ini atlet-atlet yang berbakat dapat dikumpulkan dan diberi
latihan bersistematik . Di negeri Kedah sudah terdapat banyak pusat-pusat
latihan yang di tubuhkan seperti pusat
latihan badminton, perahu layar,angkat berat,berbasikal,skuasy, memanah dan
lain-lain.
2) Melantik
seramai mungkin jurulatih, samada jurulatih import dari luar negara,jurulatih
sepenuh masa dan jurulatih sambilan. Terdapat 3 jenis sukan yang mempunyai
jurulatih import luar negara iaitu Badminton, skuasy dan bola sepak. Manakala
yang di latih oleh jurulatih sepenuh masa ialah sukan angkat berat, badminton ,
karate,silambam,berbasikal,memanah,olahraga,pencak silat,sepak takraw,ping
pong, tenpin bowling, tinju dan wushu. Lain-lain dilatih oleh jurulatih
sambilan.
3) Memulakan
program mencari bakat dan program latihan kepada pelajar sekolah seawal 7
tahun. Sukan-sukan seperti Gimnastik, Renang,Menembak, Golf, Bola Sepak
(selaras dengan pemangunan bola sepak Negara) dan skuasy memerlukan usia yang
muda dan tempoh latihan yang lama untuk dilatih menjadi juara.
4) Mengadakan
program latihan berterusan dan bersistematik. Atlet yang bercita-cita untuk
menjadi juara perlu mengadakan latihan sekurang-kurangnya 6 hari seminggu
dengan 3 jam setiap hari.
5) Memberi
peluang kepada atlet dan pasukan bertanding di kejohanan peringkat kebangsaan
sekurang-kurangnya 6 kali setahun sebagai pertandingan pendedahan.
6) Menganjurkan
lebih banyak pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan di Negeri Kedah untuk
memberi peluang lebih banyak kepada atlet-atlet negeri bertanding.
7) Menyediakan
peralatan dan prasarana sukan yang mencukupi untuk kegunaan latihan dan
pertandingan.
8) Menjaga
dan memberi keutamaan kepada kebajikan untuk atlet yang terpilih dari segi
elaun (makan dan tambang), pelajaran dan peluang pekerjaan.
9) Membantu
memantapkan persatuan-persatuan sukan yang bernaung di bawah majlis Sukan
Negeri Kedah dari segi pengurusan persatuan dan
program pembangunan.
10) Mengadakan
perbincangan dan perjanjian persefahaman antara Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
untuk mewujudkan “satu sukan satu Sekolah” dan pemilihan pelajar (atlet) semuda mungkin.
11) Melantik
GLC dan agensi-agensi kerajaan negeri Kedah sebagai bapa angkat kepada
sukan-sukan terpilih.
12) Menyerapkan
penggunaan sains sukan dalam proses pembentukan pasukan , latihan ,
pemakanan,pertandingan dan penggunaaan peralatan terkini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan