Isnin, 29 September 2014

Pemikiran Za'ba dan masyarakat Melayu abad 21

ARKIB : 23/02/2009

TAHUN 2009 telah lama membuka tirainya, menandakan sudah hampir lapan tahun kita melangkah ke abad 21 dan ke alaf baru.
Namun persoalan yang masih relevan sejak tarikh kemerdekaan sehingga kini ialah sejauh manakah Melayu maju sejak Malaysia merdeka 51 tahun lalu? Atau adakah Melayu telah bangkit sebagai sebuah bangsa yang maju lebih lama daripada angka 51 tahun itu?
Menilai semula kemajuan dan pemikiran bangsa Melayu, seseorang pasti tidak dapat menidakkan fakta bahawa telah berlaku peningkatan graf kemajuan bangsa Melayu jika diukur dengan pencapaian leluhur kita.

Ahad, 14 September 2014

Program Penyerahan Kid Kelahiran bagi kawasan DUN Pedu

Naka : MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

Isnin, 8 September 2014

Apakah perancangan Majlis Sukan Negeri supaya pencapaian atlit selain bola sepak turut mampu memberi saingan di peringkat nasional dan antarabangsa setanding atlit negeri maju yang lebih awal?

MESYUARAT KEEMPAT PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH KETIGA BELAS
28 APRIL 2014

YB. PUAN KAMA NORIAHBINTI HJ. IBRAHIM
(ADUN PEDU)

Apakah perancangan Majlis Sukan Negeri supaya pencapaian atlit selain bola sepak turut mampu memberi saingan di peringkat nasional dan antarabangsa setanding atlit negeri maju yang lebih awal?

Mesyuarat kedua penggal pertama dewan undangan negeri ketiga belas 25-27 OGOS 2013 18-20 syawal 1434

YB PUAN KAMA NORIAH BT HJ. IBRAHIM
(ADUN PEDU)

 Pohon dinyatakan:-
 a)      Sejauh mana usaha dan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan minda dan jiwa masyarakat kedah khususnya belia untuk membentuk mereka menjadi insan minda kelas pertama ?
 b)      Apakah langkah dan usaha kerajaan negeri untuk membantu meningkatkan pencapaian akedemik para pelajar sekolah rendah
dan menengah sebagai komitmen untuk menyokong usaha dan impian kementerian pendidikan khususnya dalam pencaipaian
bahasa inggeris, sains dan matematik ?

Ahad, 7 September 2014

MESYUARAT KEEMPAT PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS 28 April 2014. Apakah perancangan Kerajaan untuk menaik taraf perkhidmatan telekomunikasi khususnya di DUN Pedu ?

YB. PUAN KAMA NORIAH BINTI HJ. IBRAHIM
(ADUN PEDU)

Liputan selular menjadi sangat penting apabila segala maklumat kini dikuasai hanya di hujung jari. Namum, kemudahan tersebut belum meluas di kawasan Daerah Padang Terap khususnya di kawasan DUN Pedu.

Pohon dinyatakan:-
Apakah perancangan Kerajaan untuk menaik taraf perkhidmatan telekomunikasi khususnya di DUN Pedu ?

Jumaat, 5 September 2014

Perlu Kosongkan Tangki Septik -YB KAMA NORIAH

KUALA NERANG 24 Jun – Lebih 65 peratus premis Kerajaan  di seluruh Negeri Kedah sudah melaksanakan program pengosongan tangki septik sejak ia diperkenalkan di negeri ini dua tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Dato’ Ir Abdul Kadir Mohd Din berkata, sehingga 18 Jun 2014, sebanyak 10 program pengosongan tangki septik sudah dilaksanakan di premis seluruh negeri dalam tempoh dua tahun.
Katanya, IWK tidak menghadapi sebarang masalah  menjalankan program itu di premis Kerajaan, namun dalam masa sama IWK mendapati perlu untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.
“Bagi pihak Kerajaan tidak timbul masalah untuk melaksanakan kempen ini, namun kita dapati kesedaran orang ramai masih rendah dan ia memerlukan usaha yang lebih bagi membolehkan mereka turut serta dalam program ini.